Saturday, November 29, 2008
Friday, November 28, 2008
Al-Faatihah (The Opening)
The Compassionate,
The Merciful.
Praise be to Allah,
Lord of the Universe.
The Compassionate,
The Merciful.
Master of the Day of Judgment!
Thee (alone) we worship, and
to Thee (alone) we ask for help.
Show us the straight path.
The path of those whom
Thou hast favoured;
Not the (path) of those who earned
Thy wrath, nor of those who go astray.
http://www.quranflash.com/en/quranflash.html
Wednesday, November 26, 2008
[Solat] Susunan Saf Yang Salah


Susunan Saf Yang Salah - Kaki tidak lurus ke hadapan. Bahu badan tidak Rapi.
(yang mana banyak terjadi di sekeliling kita masa ini)
3 – Menutup ruang/celahan di antara saf.
Dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Tegakkanlah saf-saf, sejajarkanlah bahu-bahu kalian, tutupkanlah celah-celah, dan lembutkanlah diri kalian untuk disentuh tangan-tangan saudara kalian. Jangan biarkan celah-celah untuk dimasuki syaitan. Barangsiapa yang menyambung saf, maka Allah menyambungnya dan barangsiapa yang memutuskan saf, maka Allah memutuskannya." (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 666. an-Nasa'i, 2/93. Ahmad, 2/97. Juga dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Abi Daud, 1/197)
Di dalam riwayat lain, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya, aku melihat syaitan masuk di celah-celah saf, sebagaimana masuknya anak kambing." (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 667. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan Abi Daud, 1/198)
4 – Meletakkan posisi badan dalam keadaan yang baik/betul.
Dari an-Nu'man bin Basyir: beliau berkata, "Dahulu Rasullullah meluruskan saf kami sehingga sampai seperti meluruskan anak panah hingga beliau memandang kami telah faham apa yang beliau perintahkan kepada kami (sehingga saf kami telah rapi – pent.), kemudian suatu hari beliau keluar (untuk solat) kemudian beliau berdiri, hingga ketika beliau akan bertakbir, beliau melihat seseorang yang dadanya terkehadapan, maka beliau bersabda:
"Wahai para hamba Allah, hendaklah kalian benar-benar meluruskan saf atau Allah akan memperselisihkan wajah-wajah kalian". (Diriwayatkan oleh Muslim, no. 436)
[Solat] Cara Merapatkan Saf Yang Betul

Saf Yang Betul Dan RapiBetul - Kaki diluruskan ke arah hadapan (Kiblat)
1 – Merapatkan bahu dengan bahu, lutut dengan lutut, dan mata kaki dengan mata kaki sebagaimana hadis berikut:
"Dari Nu'man bin Basyir r.a. berkata: Aku melihat seseorang merapatkan bahunya dengan bahu saudaranya, merapatkan (melekatkan) lututnya dengan lutut saudaranya dan mendekatkan mata kakinya dengan mata kaki saudaranya." (Hadis Riwayat Bukhari, Kitab Azan, no. 76. Abu Daud, no. 616)
2 – Meratakan/meluruskan telapak kaki dengan talapak kaki saudaranya dan meluruskan telapak kaki ke arah kiblat.
"Dari Anas bin Malik r.a. berkata, "(Pada waktu solat) masing-masing dari kami meratakan bahunya dengan bahu saudaranya dan telapak kakinya dengan telapak kaki saudaranya." (Hadis Riwayat Bukhari, no. 725)
"Baginda menghadapkan hujung-hujung kedua-dua jari-jemari kaki baginda ke arah Kiblat". (Hadis Riwayat Bukhari dan Abu Daud) Baginda s.a.w. mengarahkan jari jemari kakinya ke arah kiblat. (Rujuk: Tuntutan Rasulullah Dalam Ibadah, hlm. 19. Ibn Qaiyyim al-Jauziyah – Dinukil dari buku: Solatlah Sebagaimana Rasulullah s.a.w. Solat, Oleh Ustaz Rasul Dahri)
Tuesday, November 25, 2008
[Doa] Pembukaan Belajar
"Sholawatul Kariim, Shahraw wa Haula, Alfa Alfin A'la, Rasuulil Mua'lla. Ya Allah hu Ya Allah ya fatta huya a'liim robbiftah kulubana futuuhal a'rifiina."Selawat yang Maha Pemurah, setiap bulan dan tahun berjuta-juta (selawat) keatas Rasul yang berpangkat tinggi. Ya Allah Ya Allah, Yang Pembuka Yang Mengetahui bukakanlah hati-hati kami seperti orang-orang Ariffin.
Monday, November 24, 2008
[Doa] pembuka 12 pintu kebaikan
"Allahumaftah Lii Abwaabil Khairi, wa abwaabas salamah, wa abwaabas sihati, wa abwaaban ni'mati, wa abwaabal barakti, wa abwaabal quwwati, wa abwaabal mawaddati, wa abwaabar rahmati, wa abwaabar rizqi, wa abwaabal 'ilmi, wa abwaabal maghfiroti, wa abwaabal jannati, Ya Arhamar Rohimiin."Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu-pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu Syurga, Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Disusun oleh Dr Ustaz Fadzillah Kamsah
Saturday, November 22, 2008
[Hadith] Doa selepas membaca Surah Al-Kahfi Ayat 65
Allahumma Aatinii Rahmatan Min 'Indika Wa 'Allimnii Min Ladunka 'Ilmaa"Ya Allah, berikan aku rahmat dari sisiMu dan ajarkan aku dari sisiMu ilmu."
(Doa selepas membaca Surah Al-Kahfi, Ayat 65)