Sunday, August 16, 2009

Ramadhan Menjelang al-Quran Dijulang


Ramadhan Menjelang al-Quran Dijulang

Kertas kerja oleh : Ustaz Muhammad Farid Ravi Abdullah

Sabtu, 15 August 2009 @ Masjid Sultan (auditorium) Singapore


RAMADAN adalah satu-satunya bulan disebut namanya dalam al-Quran dan pada bulan itu diturunkan al-Quran.

Cara paling mudah khatam al-Quran ialah dengan membaca al-Quran secara konsisten sebanyak empat setengah muka setiap kali selepas solat lima waktu. Dengan izin Allah akan khatam dalam masa sebulan. Membaca empat setengah muka hanya mengambil masa lima minit saja.

Memang benar amalan utama pada Ramadan selain berpuasa ialah berinteraksi dengan al-Quran. Berinteraksi dengan al-Quran boleh dilakukan pelbagai cara


Belajar dan mengajar. Mereka yang tidak tahu membaca al-Quran atau tidak memahami maknanya wajib berusaha mengatasinya. Sebaik-balk waktu memulakan usaha itu adalah pada Ramadan kerana pahalanya akan berlipat kali ganda berbanding bulan lain.

Mereka yang dianugerah ilmu mengenai al-Quran hendaklah mengajarnya kepada mereka yang memerlukan. Kedua-dua golongan ini adalah orang yang terbaik di sisi Allah seperti sabda Nabi SAW bermaksud: "Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar al-Quran dan mengajarnya." (Hadis riwayat al-Bukhari)

Belajar dan mengajar al-Quran bukan setakat belajar dan mengajar membacanya saja. la meliputi belaj ar dan mengaj ar maksud serta tafsiran ayatnya.

Membacanya sama ada pada siang atau malam. Allah memuji mereka yang rajin membaca al-Quran dan menyediakan untuk mereka ganjaran besar.

Allah berfirman bermaksud: "Ahli-ahli kitab itu tidaklah sama. Di antaranya ada golongan yang (sudah memeluk Islam dan) tetap (berpegang kepada agama Allah yang benar) mereka membaca ayat-ayat Allah (al-Quran) pada waktu malam, ketika mereka sujud (mengerjakan sembahyang). Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), dan mereka pula segera pada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan. Mereka (yang demikian sifatnya), adalah daripada orang yang solih." (Surah ali-Imran, ayat 113-114)

Menghayati titan perintahnya. Al-Quran diturunkan untuk membawa petunjuk, membimbing kepada kebaikan, menj elaskan j alan benar serta j alan yang menyesatkan. Justeru, tidak cukup bagi kita sekadar membaca tanpa cuba memahami dan menghayati isi kandungannya. Allah mencela orang yang tidak mengambil pengaj aran daripada kitab suci diturunkan-Nya.

Firman Allah bermaksud: "Belum sampaikah lagi masanya bagi orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka). Janganlah pula mereka menjadi seperti orang yang sudah diberikan kitab sebelum mereka, selepas orang itu melalui masa yang lanjut, maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang fasik." (al­-Hadid : 16)

Jadikan al-Quran sebagai penawar. Allah berfirman bermaksud: "Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari al-Quran ayat suci yang menj adi ubat penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) al-Quran tidak menambahkan orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian juga." (Surah alIsra', ayat 82)

Abu Saed al-Khudri meriwayatkan bahawa seorang sahabat menjampi dengan surah al­Fatihah untuk merawat seorang Arab Badwi yang pengsan kerana disengat binatang berbisa. menerusi jampi itu Badwi berkenan sembuh lalu menghadiahkannya 30 ekor kambing dan memberinya serta ahli rombongannya minum susu segar." (Hadis riwayat al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud)

Hafal sebahagian surah atau ayat-ayatnya. Cara terbaik adalah menghafal keseluruhan al­-Quran daripada awal hingga akhir. Bagi yang tidak berkesempatan atau tidak berkemampuan, hafal sebahagian daripadanya, khususnya ayat atau surah digalakkan membacanya setiap hari.

Ibn Abbas berkata Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Sesungguhnya orang yang tidak ada di dalam dadanya sedikitpun daripada al-Quran seperti rumah usang yang tidak berpenghuni." (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Antara surah yang sangat besar kelebihan menghafalnya ialah surah al-Mulk. Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Di dalam al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, memberi syafaat kepada seseorang (yang membacanya) sehingga diampunkan dosanya, iaitu surah al-Mulk." (Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi)


Firman Allah swt berkaitan penurunan al-Quran

(Maksudnya:)

[1] إِنَّآ أَنزَلۡنَـٰهُ فِى لَيۡلَةِ ٱلۡقَدۡرِ

>Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam ;Lailatul-Qadar,

[2] وَمَآ أَدۡرَٮٰكَ مَا لَيۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?

[3] لَيۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ خَيۡرٌ۬ مِّنۡ أَلۡفِ شَہۡرٍ۬

">Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

[4] تَنَزَّلُ ٱلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةُ وَٱلرُّوحُ فِيہَا بِإِذۡنِ رَبِّہِم مِّن كُلِّ أَمۡرٍ۬

">Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa ">segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);

[5] سَلَـٰمٌ هِىَ حَتَّىٰ مَطۡلَعِ ٱلۡفَجۡرِ

Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! "

سُوۡرَةُ البَقَرَة (Al-Baqaro)

Maksudnya:

شَہۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدً۬ى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَـٰتٍ۬ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِ‌ۚ فَمَن شَہِدَ مِنكُمُ ٱلشَّہۡرَ فَلۡيَصُمۡهُ‌ۖ وَمَن ڪَانَ مَرِيضًا أَوۡ عَلَىٰ سَفَرٍ۬ فَعِدَّةٌ۬ مِّنۡ أَيَّامٍ أُخَرَ‌ۗ يُرِيدُ ٱللَّهُ بِڪُمُ ٱلۡيُسۡرَ وَلَا يُرِيدُ بِڪُمُ ٱلۡعُسۡرَ وَلِتُڪۡمِلُواْ ٱلۡعِدَّةَ وَلِتُڪَبِّرُواْ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَٮٰكُمۡ وَلَعَلَّڪُمۡ تَشۡكُرُونَ

"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan­-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah is berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah is berbuka, Kemudian wajiblah is berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan la tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur. "(Quran : 02-185)


وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِى عَنِّى فَإِنِّى قَرِيبٌ‌ۖ أُجِيبُ دَعۡوَةَ ٱلدَّاعِ إِذَا دَعَانِ‌ۖ فَلۡيَسۡتَجِيبُواْ لِى وَلۡيُؤۡمِنُواْ بِى لَعَلَّهُمۡ يَرۡشُدُونَ

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila is berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betel. " (Quran : 02-186)

Kelebihan Tilawat al-Quran DI Bulan Ramadhan

Memahami al-Qur'an, membacanya dan bahkan mendengarkannya semua mendapatkan pahala. Itulah salah sate kelebihan al-Qur'an, meskipun hanya dengan membaca dan mendengarkannya dengan tanpa memahami ma'nanya tetap mendapatkan pahala. Membaca al-Qur'an juga termasuk zikir qauli, yaitu zikir menggunakan mulut kita.

Dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w. bersabda "Perumpamaan seorang mu'min yang membaca al-Qur'an seperti buah "utrujah", baunya harem dan rasanya manis. Perumpamaan seorang mu'min yang tidak membaca al-Qur'an adalah seperti buah kurma, tidak mempunyai aroma namun rasanya manis. Perumpamaan seorang munafiq yang membaca al-Quran adalah buah "raihanah" aromanya harem namun rasanya pahit dan perumpamaan orang munafik yang tidak membaca al-Quran adalah buah "handlalah" tidak mempunyai aroma dan rasanya pahit" (H.R. Buhkari Muslim).

Kita juga dianjurkan membaca al-Qur'an hingga khatam (dari awal sampai akhir). Ibnu Umar pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. "Berapa kali saya harus menghatamkan al-Qur'an?" Rasulullah menjawab "Khatamkanlah dalam satu bulan". "Saya bisa lebih cepat dari itu" kata Ibnu Umar. "Kalau begitu setiap dua puluh hari", jawab Rasulullah. "Saya masih bisa lebih cepat dari itu", tambah Ibnu Umar. "Kalau begitu dalam lima betas hari" lalu "Sepuluh hari". "Saya masih lebih cepat dari itu", kata Ibnu Umar. "Kalau begitu lima hari", lalu Rasulullah tidak melanjutkan lagi. (H.R. Tirmidzi).

Rasullah juga gemar mendengarkan al-Qur'an dan sering matanya berlinang ketika mendengarkan lantunan ayat-ayat al-Qur'an. Ibnu Umar bercerita suatu hari Rasulullah memintaku membaca al-Qur'an untuk beliau "Ibnu Umar bacalah sesuatu dari al-Qur'an untukku", lalu aku baca surah al-Nisa hingga ayat (41, artinya) "Maka bagaimanakah apabila Kami datangkan seorang saksi dari tiap-tiap umat dan Kami datangkan kamu (Muhammad) sebagai saksi atas mereka atas mereka itu sebagai umatmu". Aku melihat kedua mata beliau basah meneteskan air mata. (H.R. Bukhari).

Demikian juga Rasulullah sering membaca al-Qur'an dengan mentafakkuri dan memahami arti dan makna kandungannya. Di sini Rasulullah dalam sebuah hadist mengisyaratkan bahwa mereka yang membaca al-Qur'an hingga khatam selama kurang dari tiga hari termasuk orang yang kurang faqih" (H.R. ABu Dawud dll). Ini merupakan anjuran bahwa dalam membaca al-Qur'an selayaknya tidak terlalu cepat dan lebih menekankan kepada tadabbur dan tafakkur pada isi dan makna ayat-ayatnya.

Bertadarus al-Qur'an selama bulan Ramadhan termasuk kebisaan yang dilakukan Rasulullah s.a.w. Riwayat Ibnu Abbas menjelaskan bahwa "Rasullah adalah orang yang paling dermawan, kedermawaan beliau meningkat pada bulan Ramadhan, yaitu ketika didatangi Jibril setiap malam Ramadhan, is bertadarus al-Qur'an bersama Rasulullah. (H.R. Bukhari Muslim).

Jadi kesimpulannya, baik membaca, mendengarkan dan memahami al-Qur'an pada bulan Ramadhan sangat dianjurkan. Yang lebih utama tentu membaca sambil memahami maknanya. Namun membaca atau mendengarkan al-Qur'an dengan tanpa memahami maknanya pun tetap merupakan ibadah yang mendapatkan pahala. Cahaya yang dibawa al-Qur'an akan senantiasa menerangi hati kita manakala kita rajin membacanya, mendengarnya dan ditambah lagi mau mempelajari kandungannya.

Daripada Abdullah bin Mas'ud r.a. berkata: Rasulullah saw telah bersabda: Sesiapa membaca satu huruf daripada kitab Allah baginya kebajikan, setiap kebajikan itu sepuluh kali ganda pahalanya. Aku tidak mengatakan Alif, Lam, Mim satu huruf, akan tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf. (al-Tirmidzhi)

Sayyid Qutub berkata: Hidup di bawah naungan al-Quran adalah nikmat yang tidak ternilai, tidak akan dapat merasakan kenikmatannya melainkan orang yang pernah mengalaminya.

Daripada Abdullah bin Abbas r.a. berkata: Sesungguhnya Rasulullah saw berkata: Sesungguhnya mereka yang dada dalam hati perutnya hafalan ayat-ayat al-Quran adalah umpama rumah yang rosak. (al-Tirmidzhi)

Daripada jabir bin Abdullah r.a. berkata: Pada suatu hari telah keluar Rasulullah saw bersama kami sedang kami membaca al-Quran, ketika itu ada dikalangan kami al-Arabiy dan al-Ajamiy, lantaran baginda bersabda bacalah kalian semua, bacaan kalian adalah balk...

Daripada Abu Umamah r.a. berkata: Aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda: Bacalah al-Quran, sesungguhnya al-Quran akan datang pada hari Kiamat sebagai pemberi Syafaat kepada tuannya. (H.R. Muslim)

Daripada al-Harith bin Abdullah al-Hamadani berkata: Aku telah lalu di masjid, ketika itu manusia sedang berbicara lalu aku memberitahu mereka, lantaran berkata: Duduk, lalu aku memberitahu: Ya. Berkata al-Harith "sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya akan ada fitnah dikalangan ummat ini". Lalu aku bertanya: Apa caral jalan keluar dari fitnah itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Kitab Allah, di dalamnya ada peringatan bagi kamu kisah terdahulu, pemberitahuan mengenai apa yang akan berlaku, cara pengendalian hukum, ianya (al-Quran) perjelas bukan Pesan Rasulullah saw kepada al-Harith bin Abdullah: Al-Quran tautan yang kukuh, pemberi peringatan yang jelas, Dialah jalan yang lurus...

Danipada Abdullah bin Mas'ud r.a. Sukar bagi kami menghafal lafaz-lafaz al-Quran tetapi tidak sukar beramal dengannya, adapun mereka yang datang selepas kami senang bagi mereka menghafal al-Quran tetapi sukar beramal dengannya. (al-Qurtubi 1/498)

Berkata Anas bin Malik: Ramai yang membaca al-Quran sedang al-Quran melaknatnya. (al-Ihya' 1/499)

Berkata Uthman bin Affan dan Huzaifah bin al-Yaman r.a. Sekiranya hati itu suci nescaya tidak akan rasa kenyang dengan membaca al-Quran. (al-Ihya' 1/522)

Ibrahim al-Khawas berkata: Baca al-Quran dengan tadabbur, laparkan perut, qiamulail, bangun awal, majlis orang soleh.

Berkata Abu Hurairah r.a. : Rumah yang dibaca al-Quran padanya akan Allah limpahkan kebaikan yang berganda, akan dihadini oleh para malaikat dan keluarlah syaitan dari rumah tersebut, dan rumah yang tidak dibaca al-Quran di dalamnya akan ditimpa kesempitan, dan kurangnya kebaikan, dihuni rumah itu oleh syaitan dan keluarlah para malaikat. (Kitab al-Zuhd Ibn al-Mubarak,273).

Al-Hasan al-Basri berkata: Demi Allah, tidaklah Allah swt menurunkan satu-satu ayat melainkan aku suka mengetahui mengenai ayat yang turun itu, sebab turunnya dan tuntutannya. (al-Qurtubi 1/26)

Mujahid dari kalangan tabien berkata: Hamba yang paling dicintai Allah orang yang mengetahui tututan ayat yang diturunkan. (al-Qurtubi 1/26)

Dari Tawus r.a. berkata: Orang yang elok suaranya ketika membaca al-Quran adalah yang paling takut kepada Allah. (Ibn Kathir, Fadail al-Quran, hlnm: 36)

Aisyah r.a. berkata: Adalah Abu Bakar tiap kali memebaca al-Quran akan menangis, samada dalam solat atau selainnya. Berkata Aisyah lagi: Al-Quran sangat mengasihani dari seseorang itu rosak akalnya (nyanyok). (Jami' Usu12/366)

Adab-adab Tilawah al-Quran

1. Memilih waktu yang sesuai untuk membaca al-Quran (afdalnya 1 /3 malam, waktu sahur, selepas subuh).

2. Memilih tempat yang sesuai untuk membaca al-Quran.

3. Memilih keadaan yang selesa, berpakaian baik.

4. Suci luaran dan suci daripada hadas besar.

5. Niat yang ikhlas kerana Allah s.w.t

6. Menghadap wajah kepada Allah s.w.t dengan penuh pengharapan rahmat dan kasih sayang Allah.

7. Isti' azah dan Basmallah.

8. Lapangkan dada dari kesibukan hidup.

9. Memberi fokus kepada bacaan.

10. Membangkit perasaan takut, respon keimanan.

11. Menangis ketika membaca al-Quran.

12. Mengagungkan Allah s.w.t tuan pemilik firman yang terindah.

13. Berhenti seketika dan memerhatikan tuntutan ayat-ayat yang dibaca.

14. Pemerhatian serta tindak balas mengenai ayat-ayat berdasarkan topik dan jumlahnya.

15. Qari perlu merasakan ayat-ayat yang dibaca adalah secara langsung ditujukan kepada secara terns.

16. Perasaan salah anggap dan salah faham terhadap firman Allah s.w.t

17. Pendengar ayat-ayat suci ini hendaklah memberi perhatian kepada ayat-ayat yang dibaca oleh Qari.

No comments: